Dengan ini kami di pihak pengurusan Agro Wealth Trading ingin memaklumkan kepada semua bahawa mulai Januari 2011, kuantiti minimum tempahan bagi kesemua jenis benih ikan air tawar yang kami keluarkan hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:-
Min Tempahan : 10,000 ekor ke atas
Mak Tempahan : Tiada had (bergantung kepada stok)

Langkah ini diambil bagi memastikan tempahan dapat dipenuhi secara lebih sistematik & bagi memudahkan pihak kami menyusun semula jadual tenaga kerja yang sedia ada.
Perubahan kadar kuantiti minimum tempahan ini juga dibuat memandangkan kini kami dalam proses menyusun semula organisasi serta pengurusan syarikat dan bagi mengurangkan kadar kos pengoperasian dan tenaga kerja yang kini semakin meningkat. Sebarang kesulitan adalah amat kami kesali..
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi atau sms pertanyaan ke 012-5701082 (Mohd Afnan)..
** Tempahan awal perlu dibuat terlebih dahulu sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh yang dinyatakan beserta 50% bayaran pendahuluan
** 50% bayaran pendahuluan tidak akan dipulangkan semula sekiranya tiada pungutan benih dibuat pada tarikh yang dinyatakan
** Lokasi pembelian/pungutan benih ikan adalah mengikut persetujuan yang dicapai
** Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012- 5701082 (Mohd Afnan)
Popularity: 24% [?]