Warning: explode() expects parameter 2 to be string, array given in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php on line 425

Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cookie - headers already sent by (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/wordpress-automatic-upgrade/wordpress-automatic-upgrade.php on line 121

Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cache limiter - headers already sent (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/wordpress-automatic-upgrade/wordpress-automatic-upgrade.php on line 121

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Bisnes Keli » ikan keli http://bisneskeli.esq2u.com Membekal Benih Keli & Benih Ikan Air Tawar Murah2 Wed, 23 Feb 2011 00:12:42 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v= Kawalan Pemangsa http://bisneskeli.esq2u.com/kawalan-pemangsa.htm http://bisneskeli.esq2u.com/kawalan-pemangsa.htm#comments Tue, 15 Dec 2009 12:49:17 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=385

Jenis-jenis pemangsa yang lazim terdapat di kolam:-

Ikan : haruan, ikan liar (sebarau)
Haiwan : biawak, labi-labi, memerang, lintah
Burung : bangau, raja udang
Serangga : anak pepatung

keli 300x225 Kawalan Pemangsa

Langkah-langkah kawalan dari ancaman pemangsa:-

Sebelum memulakan ternakan:
- Pemeriksaan Sistem (cth: penapis air)
- Racun (cth: dipterex, air sabun, sumithione)

Semasa ternakan:
- Pemasangan Jaring
- Membina Pagar
- Cara teknikal lain yang difikirkan sesuai

 Kawalan Pemangsa]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/kawalan-pemangsa.htm/feed 2
Ternakan dlm Tangki http://bisneskeli.esq2u.com/ternakan-dalam-tangki.htm http://bisneskeli.esq2u.com/ternakan-dalam-tangki.htm#comments Sun, 22 Nov 2009 14:37:04 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=366

0 Ternakan dlm Tangki
Fast Tube by Casper

 Ternakan dlm Tangki]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/ternakan-dalam-tangki.htm/feed 3
Kaedah & Teknik Penternakan http://bisneskeli.esq2u.com/kaedah-teknik-penternakan.htm http://bisneskeli.esq2u.com/kaedah-teknik-penternakan.htm#comments Fri, 20 Nov 2009 23:42:35 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=362

Pada kali ini saya ingin mengupas sedikit sebanyak topik berkenaan kaedah & teknik penternakan ikan keli. Terdapat pelbagai kaedah & teknik penternakan yang dijalankan hari ini, antaranya:-

  • Kolam Tanah
  • Kolam Simen
  • Kanvas
  • Tangki Polytank
  • Konkrit

Setiap kaedah & teknik penternakan memiliki kelebihan & kekurangannya yang tersendiri merangkumi pelbagai aspek antaranya kaedah penyelenggaraan, kos operasi, kawalan air, saiz projek dan lain-lain lagi. Walau apa pun teknik yang digunakan, matlamat utama tetap sama iaitu untuk memenuhi kehendak pasaran dalam & luar negeri yang semakin bertambah dari hari ke hari.

**Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan bekalan benih keli untuk penternakan ikan keli, boleh hubungi saya di 012-5701082 (Mohd Afnan)

 Kaedah & Teknik Penternakan]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/kaedah-teknik-penternakan.htm/feed 2
Sasar 12 juta keli http://bisneskeli.esq2u.com/sasar-12-juta-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/sasar-12-juta-keli.htm#comments Fri, 20 Nov 2009 12:11:39 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=344

VILLAGE Farm Industri, syarikat Bumiputera yang menjalankan perniagaan menternak ikan keli dan memprosesnya untuk ditin sebagai sardin, menjangka mampu mengeluarkan 12 juta ikan tahun ini.

Selain itu syarikat berkenaan juga menjangka memperoleh pendapatan kira-kira RM9 juta menerusi ikan keli yang dijadikan sardin kerana perniagaan makanan itu mendapat permintaan tinggi walaupun ia masih baru di negara ini.

Pengarah Urusannya, Jafridin Abdul Rahman, berkata pihaknya mampu menghasilkan kira-kira tiga juta ikan keli bagi tempoh tiga bulan untuk dihantar ke kilang yang melakukan kerja memproses ikan keli untuk ditin menjudi sardin.

kelisegar Sasar 12 juta keli

Menurutnya, selain itu, syarikatnya juga mendapat permintaan dari Taiwan, Hong Kong dan China untuk memasarkan ikan keli segar ke negara terbabit.

“Mereka meminta kami membekalkan ikan keli segar dengan setiap negara meminta bekalan antara satu juta hingga dua juta ikan keli sebulan,” katanya kepada Bisnes Metro ketika ditemui di pusat ternakan ikan kelinya di Semenyih, Selangor.

Jafridin berkata, sehubungan itu, bagi memenuhi permintaan tempatan dan luar negara, syarikatnya sedang membangunkan kawasan ternakan ikan keli di atas tanah seluas kira-kira 20 hektar di Semenyih.

“Kawasan ini mempunyai 200 kolam yang boleh menghasilkan 10 juta ikan keli setiap tiga bulan, berbanding kira-kira tiga juta pengeluaran ikan keli di tapak ternakan menggunakan tangki.

“Kolam di Semenyih ini menggunakan konkrit selain ternakannya menggunakan tekonologi tempatan yang turut mendapat sokongan Jabatan Perikanan,” katanya.

Menurutnya, syarikatnya melabur kira-kira RM1 juta untuk pembinaan kolam ternakan yang sudah beroperasi dua bulan lalu.

“Kami juga sedang membuat kajian menyediakan makanan ikan keli sendiri tanpa perlu bergantung kepada bekalan syarikat luar.

“Ikan keli keluaran syarikat kami bersih daripada bahan tidak halal kerana kami tidak menggunakan makanan tambahan lain yang diragui status halalnya.

“Jika dibanding dengan ikan keli lain, kebanyakannya cepat berbau dan tidak tahan lama sebaik dikeluarkan dari kolam.

“Ini kerana mereka menggunakan perut ayam sebagai makanan tambahan bagi membesarkan ikan keli berkenaan, tidak seperti kami yang tidak menggunakan perut ayam,” katanya.

Harian Metro

 Sasar 12 juta keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/sasar-12-juta-keli.htm/feed 3
Petikan Akhbar http://bisneskeli.esq2u.com/petikan-akhbar.htm http://bisneskeli.esq2u.com/petikan-akhbar.htm#comments Sun, 11 Oct 2009 15:05:38 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=182

Petikan Utusan Malaysia 27 Oktober 2008

“Ikan keli matang dalam masa tiga bulan dan ia boleh dijadikan pelbagai produk seperti ikan sardin dan minyak Omega 3 yang terdapat dalam badan ikan keli boleh dijadikan ubat untuk melawan penyakit. Kejayaan menternak ikan keli secara komersial juga telah dibuktikan secara komersial oleh usahawan bumiputera tempatan.”

Mohd. Naroden Majais
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera)

Petikan Utusan Malaysia 16 September 2008

120 penduduk kampung terpilih menjadi perintis untuk mengusahakan penternakan ikan keli melalui program Bumi Hijau di negeri Melaka. Penduduk kampung dan taman perumahan daripada pelbagai peringkat umur termasuk kakitangan kerajaan dan swasta menyertainya. Berpendapatan rendah juga dapat menambah pendapatan.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Melaka, Zawawi Ali

Petikan Utusan Malaysia 3 September 2008

Jabatan Perikanan Pahang menyediakan 30 tangki dan 400 benih ikan keli secara percuma kepada orang ramai yang berminat menceburi bidang ternakan ikan air tawar.

 Petikan Akhbar]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/petikan-akhbar.htm/feed 0
Ikan Keli http://bisneskeli.esq2u.com/ikan-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/ikan-keli.htm#comments Thu, 08 Oct 2009 02:35:17 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=85

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan ini disebut sebagai “ikan semilang”. Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Ia juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

180px YosriIkanKeli Ikan Keli

Antara jenis-jenis keli yang boleh didapati adalah dari jenis kayu, bunga, eksotika, limbat, mata kati, rusia & afrika..

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Keli

 Ikan Keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/ikan-keli.htm/feed 0
Dari kelab golf ke kolam keli http://bisneskeli.esq2u.com/kelab-golf-ke-kolam-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/kelab-golf-ke-kolam-keli.htm#comments Tue, 08 Sep 2009 16:50:27 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=120

SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu.

Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini.benih keli Dari kelab golf ke kolam keli

”Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar” jelas beliau.

Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC).

Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor.

Memandangkan tidak ramai penternak yang arif membuat pembenihan sendiri, mereka terpaksa membelinya daripada pembekal dan pusat-pusat pembenihan.

Bagaimanapun pembekal benih keli di Lembah Klang ketika ini cukup terhad dan menjadi punca kebanyakan projek ternakan keli tertangguh. Selain kekurangan bekalan induk keli untuk dibenihkan secara aruhan, faktor asuhan benih yang agak merumitkan menjadi punca kurangnya penglibatan yang serius dalam bidang pembenihan keli ini.

Atas kesedaran inilah dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Nur Azizi mengambil keputusan nekad dan berpakat dengan seorang rakan sekerja Mohamad Suria Sufian, 29, meninggalkan kelab golf dan menyewa sekeping tanah di kawasan hutan rekreasi Rawang, Selangor.

Dengan menubuhkan syarikat Prestasi Agro Farm (PAF) kedua-dia usahawan muda ini mengorak langkah awal dengan memulakan projek ternakan keli dalam kanvas dan tangki poli dengan modal bersama.

Keli yang diternak dalam 15 tangki poli dan 10 kolam kanvas tersebut adalah hasil pembenihan keli yang mereka lakukan sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang mereka tempuhi dalam proses pembenihan keli ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat penternak muda ini.

Akhirnya dengan bimbingan dari pakar pembenihan di Jabatan Perikanan dan beberapa usahawan benih keli berjaya, mereka berhasil menyelami teknik sebenar proses pembenihan keli tersebut.

Sejak itu, setiap bulan paling kurang tiga kali pembenihan akan dilakukan melibatkan lebih 50 pasang induk.

Menurut beliau lagi, sesiapa sahaja yang ingin membuat pembenihan secara komersial harus mempunyai bekalan ikan induk yang mencukupi dan berterusan.

Di samping menternak induk sendiri, bekalan ikan induk juga diperolehi daripada pemancing atau penternak yang menggunakan kolam tanah.

Pemilihan induk yang kurang tepat akan mengurangkan kualiti dan kuantiti benih.

Sebelum proses pembenihan dibuat, induk yang dipilih dirawat terlebih dulu selama seminggu bagi menjamin kualiti telur yang bakal dihasilkan. Umur induk biasanya sekitar tujuh bulan hingga dua tahun.

Induk yang terlalu tua akan mengurangkan kuantiti dan kualiti benih.

Saiz yang sesuai adalah sekitar 26 sentimeter (300 gram) hingga 75 sentimeter (satu kilogram). Saiz induk betina biasanya lebih kecil daripada saiz induk jantan.

Seekor induk betina bersaiz 30 sentimeter mampu mengeluarkan telur antara 10,000 biji dan mencapai 200,000 biji telur apabila mencapai saiz 90 sentimeter.

Menurut Nur Azizi, masa yang paling sesuai untuk menjalankan pembiakan dipengaruhi kehadiran musim hujan iaitu antara bulan April hingga Disember dengan puncaknya berada antara bulan Julai dan September.

”Bekalan induk jantan paling kritikal kerana dalam proses pembenihan aruhan, induk jantan terpaksa dikorbankan bagi mengeluarkan kantung benihnya,” jelas beliau lagi.

Setelah lebih dua tahun beroperasi, PAF kini mampu memasarkan lebih 500,000 ekor anak benih keli setiap bulan.

Memandangkan permintaan yang semakin bertambah, Azizi serta rakan menambah empat lagi kolam tanah bagi mempercepatkan proses pembesaran anak benih.

Menurutnya, anak benih yang berusia empat hari, lebih cepat membesar sekiranya diasuh dalam kolam tanah.

”Tiga minggu dalam kolam tanah sudah sedia untuk dijual terus kepada penternak,” ujarnya.

Tegas beliau, biasanya penternak akan membeli anak benih yang berukuran tiga inci kerana risiko kematian adalah rendah.

Permintaan terhadap benih ikan keli memuncak ketika menjelang bulan puasa dan cuti sekolah kerana para penternak akan membuat persediaan awal bagi memenuhi permintaan ikan keli segar yang kebiasaanya mendapat pesanan berlipat kali ganda bagi hidangan berbuka dan majlis kenduri kahwin.

”Penternak biasanya akan memesan sebulan lebih awal sebelum ikan di kolam mereka dituai. Setakat ini permintaan paling banyak kami terima dari Lembah Klang, Selangor, Kawasan Utara dan Johor” ujarnya.

Setiap kali pembenihan dijalankan, PAF juga membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta mempelajari teknik pembenihan secara intensif.

Bengkel satu hari ini mendedahkan peserta tentang kaedah pemilihan induk, teknik pembenihan, asuhan benih dan penyediaan makanan alternatif.

Bagi mengurangkan kos makanan ternakan keli yang semakin meningkat, PAF mengamalkan penternakan teknik Pro Asli bagi meminimumkan kebergantungan kepada pelet.

Ini membuktikan bermula daripada bual-bual kosong di padang golf, mampu membawa keuntungan ribuan ringgit.

Bagi penternak yang ingin mempelajari teknik pembenihan ikan keli atau mendapatkan bekalan anak benih atau peralatan pembenihan, bolehlah menghubungi kami di 012-5701082 atau 019-3345989.

 Dari kelab golf ke kolam keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/kelab-golf-ke-kolam-keli.htm/feed 7
Lebih RM300 Juta Untuk Pelbagai Projek Akuakultur http://bisneskeli.esq2u.com/lebih-rm300-juta-untuk-pelbagai-projek-akuakultur.htm http://bisneskeli.esq2u.com/lebih-rm300-juta-untuk-pelbagai-projek-akuakultur.htm#comments Sun, 07 Jun 2009 02:19:06 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=36

TEMERLOH, 19 Mei (Bernama) — Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan RM373.5 juta bagi melaksanakan pelbagai projek berkaitan industri akuakultur di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata peruntukan itu meliputi projek pemulihan dan pembenihan ikan air tawar, bantuan baikpulih kolam dan sangkar serta pembayaran insentif kepada penternak untuk mengatasi masalah kenaikan harga makanan ikan.

“Peruntukan itu adalah bagi tempoh tiga tahun, bermula tahun lepas (2008) sehingga tahun depan (2010),” katanya kepada pemberita selepas melawat projek ikan air tawar di Kampung Cempaka, Lanchang, dekat sini, hari ini.

Ahamad Sabki berkata menerusi bantuan insentif kepada penternak, ia diharap dapat mengurangkan beban mereka dalam menghadapi krisis ekonomi global ketika ini yang turut menyebabkan kenaikan harga makanan ikan.

“Daripada jumlah itu (RM373.5 juta), sebanyak RM32.5 juta diperuntukkan sebagai bayaran insentif kepada penternak dengan kadar dibayar 57 sen setiap sekilogram bagi ikan air tawar dan RM1.60 sekilogram bagi ikan air payau,” katanya.

Ahamad Sabki berkata penternak boleh membuat tuntutan insentif itu di pejabat Jabatan Perikanan dengan mengemukakan resit pembelian makanan ikan.

– BERNAMA

 Lebih RM300 Juta Untuk Pelbagai Projek Akuakultur]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/lebih-rm300-juta-untuk-pelbagai-projek-akuakultur.htm/feed 0
Spesies Keli http://bisneskeli.esq2u.com/spesies-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/spesies-keli.htm#comments Sat, 02 May 2009 14:25:15 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=30

Terdapat 4 spesies keli yang sering ditemui:-

  • Keli Kayu – Keli sawah/paya/sungai
  • Keli Bunga – Kelebihan pada isinya yang sedap & lembut
  • Keli Eksotika/Afrika
  • Kacukan Keli Bunga & Keli Afrika

icon wink Spesies Keli

Kebiasaan keli yang dipelihara secara komersial adalah dari spesis kacukan keli bunga & keli afrika..

 Spesies Keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/spesies-keli.htm/feed 0