Permintaan Ikan Keli di bulan Ramadhan
Berdasarkan kepada kajian dan pemerhatian yang dibuat beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan pelanggan terhadap ikan air tawar terutamanya ikan keli di bulan Ramadhan kebiasaannya meningkat 2 hingga 3 kali ganda lebih banyak berbanding dengan bulan-bulan biasa. Ini memandangkan terdapat permintaan yang tinggi dan sambutan yang baik dari orang ramai terutamanya dari kalangan pembeli di bazar-bazar ramadhan..

Harga yang berpatutan berbanding lauk pauk yang lain serta rasanya yang enak menjadi antara punca meningkatnya permintaan dan kuasa beli pelanggan dari tahun ke tahun.
Terdapat pelbagai resepi masakan ikan air tawar yang menjadi pilihan citarasa pelanggan boleh ditemui di kebanyakan bazar ramadan antaranya ikan bakar, pecel lele, asam pedas, ikan sambal pedas, kari kepala ikan dan lain-lain..
Bagi yang memiliki mereka yang memiliki “Mata Usahawan“, ini masa yang terbaik untuk menukarkan permintaan kepada peluang menjana pendapatan di bulan ramadhan yang mulia ini.. Buat perancangan awal & mulakan langkah dengan penuh cekal & keyakinan, InsyaAllah kejayaan pasti akan mengiringi..
Renung-renungkan & Selamat Beramal
Popularity: 27% [?]










Masih tercari-cari bagaimana untuk menyediakan kertas kerja bagi projek ternakan ikan keli anda?
Leave a Reply