Wslm wbt
che sue
apakah tindakan yg harus saya lakukan utk menakut-nakutkan memerang tersebut supaya tidak mendekati jaring pukat ikan saya?
- Saya bersimpati & faham apa yang dihadapi oleh pihak che sue..Memerang, biawak & burung adalah antara musuh yang paling sukar untuk ditangani..
- Terdapat beberapa altenatif yang biasanya digunakan untuk menghadapi memerang:-
1) Memasang perangkap seakan2 perangkap tikus (saiz agak besar) di kawasan kolam & kawasan2 sekitar kolam..Gunakan umpan ikan yang disiat untuk menarik perhatian.Pastikan perangkap ditutup sepenuhnya bagi mengelakkan dikesan..Setelah berjaya mendapatkan seekor, letakkan memerang yang ditangkap tersebut di sekitar kawasan yang selalu diserang bagi menakutkan & memberikan amaran kepada memerang2 yang lain..
2) Memelihara anjing untuk mengawal kawasan kolam (mungkin dlm sebulan)..Hanya untuk menakut-nakutkan memerang.Namun cara ini biasanya tidak disukai oleh penternak islam termasuklah saya sendiri.
3) Meletakkan umpan beracun atau upah seseorang untuk menembak.Namun kadang2 cara ini kurang efektif kerana memerang biasanya menyerang ikan melalui dalam air & pada waktu tiada sesiapa dikolam
Diharap dapat memberi sedikit idea..
salam.
saya merupakan seorang penternak ikan talapia dan juga keli dalam sangkar di sebuah tasik. saya menghadapi masalah dgn memerang yg telah merosakkan jaring pukat saya untuk memakan ikan. bagaimana utk saya atasi masalah ini? apakah tindakan yg harus saya lakukan utk menakut-nakutkan memerang tersebut supaya tidak mendekati jaring pukat ikan saya?