Warning: explode() expects parameter 2 to be string, array given in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php on line 425

Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cookie - headers already sent by (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/wordpress-automatic-upgrade/wordpress-automatic-upgrade.php on line 121

Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cache limiter - headers already sent (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/wordpress-automatic-upgrade/wordpress-automatic-upgrade.php on line 121

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Bisnes Keli » Potensi Pasaran http://bisneskeli.esq2u.com Membekal Benih Keli & Benih Ikan Air Tawar Murah2 Wed, 23 Feb 2011 00:12:42 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v= Pembekal Benih Keli – Zon Pantai Timur http://bisneskeli.esq2u.com/pasaran-benih-keli-zon-pantai-timur.htm http://bisneskeli.esq2u.com/pasaran-benih-keli-zon-pantai-timur.htm#comments Tue, 25 Jan 2011 01:42:01 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=798

 Pembekal Benih Keli   Zon Pantai Timur

Berita baik buat penternak-penternak ikan di sekitar zon Pantai Timur (Kelantan & Terengganu) semenanjung Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan benih ikan keli bagi tujuan penternakan, kini anda boleh menempah atau mendapatkannya di sekitar Setiu, Terengganu..

Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada pasaran semasa benih ikan di Pantai Timur..Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat di bawah:-

Syarikat : Easternseas Sdn.bhd
Lokasi : Kg Rhu 10, Setiu, Terengganu
Pemilik : Sharifah Nor Akmar
No.Telefon : 012-2104930

icon smile Pembekal Benih Keli   Zon Pantai Timur

Harap Maklum

 Pembekal Benih Keli   Zon Pantai Timur]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/pasaran-benih-keli-zon-pantai-timur.htm/feed 0
Permintaan Ikan Keli di bulan Ramadhan http://bisneskeli.esq2u.com/permintaan-ikan-keli-di-bulan-ramadhan.htm http://bisneskeli.esq2u.com/permintaan-ikan-keli-di-bulan-ramadhan.htm#comments Fri, 27 Aug 2010 03:11:19 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=757

Berdasarkan kepada kajian dan pemerhatian yang dibuat beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan pelanggan terhadap ikan air tawar terutamanya ikan keli di bulan Ramadhan kebiasaannya meningkat 2 hingga 3 kali ganda lebih banyak berbanding dengan bulan-bulan biasa. Ini memandangkan terdapat permintaan yang tinggi dan sambutan yang baik dari orang ramai terutamanya dari kalangan pembeli di bazar-bazar ramadhan..

bazar 300x201 Permintaan Ikan Keli di bulan Ramadhan

Harga yang berpatutan berbanding lauk pauk yang lain serta rasanya yang enak menjadi antara punca meningkatnya permintaan dan kuasa beli pelanggan dari tahun ke tahun.

Terdapat pelbagai resepi masakan ikan air tawar yang menjadi pilihan citarasa pelanggan boleh ditemui di kebanyakan bazar ramadan antaranya ikan bakar, pecel lele, asam pedas, ikan sambal pedas, kari kepala ikan dan lain-lain..

Bagi yang memiliki mereka yang memiliki “Mata Usahawan“, ini masa yang terbaik untuk menukarkan permintaan kepada peluang menjana pendapatan di bulan ramadhan yang mulia ini.. Buat perancangan awal & mulakan langkah  dengan penuh cekal & keyakinan, InsyaAllah kejayaan pasti akan mengiringi..

Renung-renungkan & Selamat Beramal

icon smile Permintaan Ikan Keli di bulan Ramadhan

 Permintaan Ikan Keli di bulan Ramadhan]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/permintaan-ikan-keli-di-bulan-ramadhan.htm/feed 0
Bekalan Keli 40 Tan Sebulan Diperlukan!! http://bisneskeli.esq2u.com/bekalan-keli-40-tan-sebulan-diperlukan.htm http://bisneskeli.esq2u.com/bekalan-keli-40-tan-sebulan-diperlukan.htm#comments Tue, 18 May 2010 14:00:22 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=713

Kami di Agro Wealth Trading memerlukan bekalan ikan keli dalam kuantiti 1 – 2 tan sehari (40 tan sebulan) bermula pada bulan hadapan (Jun 2010). Kepada pembekal ikan keli bumiputra sila hubungi saya segera di 012-5701082 (Mohd Afnan) untuk maklumat lanjut..Tawaran dibuka selewat-lewatnya sehingga awal Jun 2010..

agro wealth logo Bekalan Keli 40 Tan Sebulan Diperlukan!!

 Bekalan Keli 40 Tan Sebulan Diperlukan!!]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/bekalan-keli-40-tan-sebulan-diperlukan.htm/feed 7
Kerjasama Bisnes Penternak Ikan.. http://bisneskeli.esq2u.com/kerjasama-bisnes-penternak-ikan.htm http://bisneskeli.esq2u.com/kerjasama-bisnes-penternak-ikan.htm#comments Wed, 07 Apr 2010 13:45:57 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=701

Baru2 ini saya menerima panggilan dari 3 pemborong ikan menyatakan hasrat untuk mendapatkan bekalan ikan keli lebih kurang 4 tan sehari (120 tan sebulan) secara berterusan untuk dihantar ke pasar2 borong, kilang frozen & restoran2 sekitar bandar..

Satu peluang besar yang jarang diperolehi namun berat bagi saya untuk menerimanya memandangkan stok bekalan ikan keli saya yang agak terhad..Dengan rela hati terpaksalah saya menolak 2 daripada 3 tawaran pemborong untuk membekalkan ikan kepada mereka ..Mungkin ramai penternak2 diluar sana yang menghadapi situasi yang serupa dengan apa yang saya hadapi..puncanya adalah tiada kerjasama perniagaan antara penternak2 terutamanya yang baru menceburi bidang ini menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan..

contact us Kerjasama Bisnes Penternak Ikan..

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak seramai mungkin penternak-penternak di luar sana untuk berkongsi maklumat perniagaan dengan saya dengan menghantar maklumat perniagaan mereka dibahagian komen di bawah ini..Boleh juga sms terus kepada saya di 0125701082 (Afnan)..
Semua penternak ikan air tawar/air masin adalah dialu-alukan untuk berkongsi maklumat mereka di blog ini.

Semoga post ini dapat membantu penternak2 lain diluar sana untuk mengukuhkan jaringan perniagaan dan memasarkan produk di samping membantu mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.. icon smile Kerjasama Bisnes Penternak Ikan..

 Kerjasama Bisnes Penternak Ikan..]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/kerjasama-bisnes-penternak-ikan.htm/feed 37
Potensi Pasaran Ikan Air Tawar – Siri 2 http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar-siri-2.htm http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar-siri-2.htm#comments Thu, 04 Mar 2010 06:35:32 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=613

“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”

carrefour logo Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 2  Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 2

Pasaran Ikan Air Tawar Di Malaysia:-

  1. Jualan Runcit
  2. Pasar Borong
  3. Restoran Eksklusif
  4. Hotel
  5. Kedai Makan
  6. Kantin Sekolah/Universiti/Organisasi Kerajaan/Kilang
  7. Jualan Borong FAMA
  8. Majlis Kahwin/Kenduri
  9. Katering
  10. Kilang Makanan – Ikan Frozen/Sardin
  11. IKS (Industri Kecil & Sederhana) – Serunding/Keropok/Perkasam
  12. Pasaraya Besar (Giant/Carrefour/Jaya Jusco dll)

icon smile Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 2

“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”

 Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 2]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar-siri-2.htm/feed 2
Potensi Pasaran Ikan Air Tawar – Siri 1 http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar.htm http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar.htm#comments Tue, 02 Mar 2010 06:11:51 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=607

“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”

Potensi serta permintaan bagi pasaran ikan air tawar dari hari ke hari kini semakin bertambah dan meningkat dengan ketara berikutan bercambahnya industri berasaskan makanan di seluruh negara. Kini adalah menjadi satu kejanggalan bagi restoran atau kedai-kedai makan sekiranya mereka tidak menawarkan juadah hidangan yang berasaskan ikan air tawar..

Talapia sambal mangga 2 Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 1

Dakwaan sesetengah pihak mengatakan bahawa pasaran ikan air tawar seperti ikan keli, patin, tilapia merah, puyu, baung, haruan dan lain-lain lagi kini sudah tepu atau lambakan sebenarnya hanyalah sekadar mitos atau cakap kosong semata-semata. Hakikat sebenarnya, pasaran bagi kesemua ikan ini masih lagi tidak mencukupi & sangat-sangat berpotensi untuk dikembangkan lebih jauh.

“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”

icon smile Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 1

Sumber foto : http://catzscafe.blogspot.com/

 Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 1]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar.htm/feed 1
Kaedah & Teknik Penternakan http://bisneskeli.esq2u.com/kaedah-teknik-penternakan.htm http://bisneskeli.esq2u.com/kaedah-teknik-penternakan.htm#comments Fri, 20 Nov 2009 23:42:35 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=362

Pada kali ini saya ingin mengupas sedikit sebanyak topik berkenaan kaedah & teknik penternakan ikan keli. Terdapat pelbagai kaedah & teknik penternakan yang dijalankan hari ini, antaranya:-

  • Kolam Tanah
  • Kolam Simen
  • Kanvas
  • Tangki Polytank
  • Konkrit

Setiap kaedah & teknik penternakan memiliki kelebihan & kekurangannya yang tersendiri merangkumi pelbagai aspek antaranya kaedah penyelenggaraan, kos operasi, kawalan air, saiz projek dan lain-lain lagi. Walau apa pun teknik yang digunakan, matlamat utama tetap sama iaitu untuk memenuhi kehendak pasaran dalam & luar negeri yang semakin bertambah dari hari ke hari.

**Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan bekalan benih keli untuk penternakan ikan keli, boleh hubungi saya di 012-5701082 (Mohd Afnan)

 Kaedah & Teknik Penternakan]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/kaedah-teknik-penternakan.htm/feed 2
Sasar 12 juta keli http://bisneskeli.esq2u.com/sasar-12-juta-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/sasar-12-juta-keli.htm#comments Fri, 20 Nov 2009 12:11:39 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=344

VILLAGE Farm Industri, syarikat Bumiputera yang menjalankan perniagaan menternak ikan keli dan memprosesnya untuk ditin sebagai sardin, menjangka mampu mengeluarkan 12 juta ikan tahun ini.

Selain itu syarikat berkenaan juga menjangka memperoleh pendapatan kira-kira RM9 juta menerusi ikan keli yang dijadikan sardin kerana perniagaan makanan itu mendapat permintaan tinggi walaupun ia masih baru di negara ini.

Pengarah Urusannya, Jafridin Abdul Rahman, berkata pihaknya mampu menghasilkan kira-kira tiga juta ikan keli bagi tempoh tiga bulan untuk dihantar ke kilang yang melakukan kerja memproses ikan keli untuk ditin menjudi sardin.

kelisegar Sasar 12 juta keli

Menurutnya, selain itu, syarikatnya juga mendapat permintaan dari Taiwan, Hong Kong dan China untuk memasarkan ikan keli segar ke negara terbabit.

“Mereka meminta kami membekalkan ikan keli segar dengan setiap negara meminta bekalan antara satu juta hingga dua juta ikan keli sebulan,” katanya kepada Bisnes Metro ketika ditemui di pusat ternakan ikan kelinya di Semenyih, Selangor.

Jafridin berkata, sehubungan itu, bagi memenuhi permintaan tempatan dan luar negara, syarikatnya sedang membangunkan kawasan ternakan ikan keli di atas tanah seluas kira-kira 20 hektar di Semenyih.

“Kawasan ini mempunyai 200 kolam yang boleh menghasilkan 10 juta ikan keli setiap tiga bulan, berbanding kira-kira tiga juta pengeluaran ikan keli di tapak ternakan menggunakan tangki.

“Kolam di Semenyih ini menggunakan konkrit selain ternakannya menggunakan tekonologi tempatan yang turut mendapat sokongan Jabatan Perikanan,” katanya.

Menurutnya, syarikatnya melabur kira-kira RM1 juta untuk pembinaan kolam ternakan yang sudah beroperasi dua bulan lalu.

“Kami juga sedang membuat kajian menyediakan makanan ikan keli sendiri tanpa perlu bergantung kepada bekalan syarikat luar.

“Ikan keli keluaran syarikat kami bersih daripada bahan tidak halal kerana kami tidak menggunakan makanan tambahan lain yang diragui status halalnya.

“Jika dibanding dengan ikan keli lain, kebanyakannya cepat berbau dan tidak tahan lama sebaik dikeluarkan dari kolam.

“Ini kerana mereka menggunakan perut ayam sebagai makanan tambahan bagi membesarkan ikan keli berkenaan, tidak seperti kami yang tidak menggunakan perut ayam,” katanya.

Harian Metro

 Sasar 12 juta keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/sasar-12-juta-keli.htm/feed 3
Fokus kepada pembenihan keli http://bisneskeli.esq2u.com/fokus-kepada-pembenihan-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/fokus-kepada-pembenihan-keli.htm#comments Thu, 29 Oct 2009 17:58:21 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=269

KETIKA ini, industri akuakultur bagaikan di serang demam keli kerana semakin ramai ingin menceburkan diri. Ramai pengusaha mula berjinak-jinak melibatkan diri sama ada berstatus kecil atau sederhana khususnya mereka yang berada di luar bandar.

Meskipun ada ura-ura dan keluh kesah di sana sini bahawa aktiviti penternakan keli sudah tepu dan ramai yang berpendapat tidak menguntungkan, tetapi semakin ramai yang bertanya di manakah benih keli dapat diperoleh.

Pengusaha ini mungkin penternak induk iaitu untuk tumbesaran, membekalkan benih sahaja, makanan rumusan untuk ternakan atau juga produk hiliran seperti keli salai dan sebagainya.

benihkeli Fokus kepada pembenihan keli

Inilah kesan daripada usaha kerajaan memberi nafas baru kepada bidang pertanian, yang mendapat sambutan rakyat.

Tidak dinafikan, sebilangan besar pengusaha ini sudah berjaya dan sebahagiannya pula gagal dan kecewa lalu menyalahkan bidang pertanian yang dikatakan tidak mempunyai masa depan, sedangkan petua paling penting untuk berjaya ialah sabar setelah ‘tersungkur’ beberapa kali.

Percaya atau tidak, belum ada pengusaha pertanian tulen yang boleh dikatakan berjaya tanpa melalui onak dan duri, mencabar kematangan, bergolok bergadai sedangkan hasilnya lambat untuk dituai.

Mungkin ini yang cuba dibuktikan oleh seorang penyelia di syarikat swasta yang menetap di pinggir bandar Putrajaya.

Mansur Arifin, 46, yang meminati bidang penternakan ikan keli mula menanam azam untuk kembali bersaing setelah pernah gagal dan mengharungi pelbagai masalah antaranya persekitaran, penyakit dan juga kurang berkemahiran dalam bidang penternakan itu.

Mansur boleh dikatakan mencuba bidang ini sejak beberapa tahun lepas, selepas berkenalan dengan seorang pengusaha yang ingin membantunya.

Bagaimanapun hasrat murninya terbantut kerana menghadapi masalah .

Jabatan Perikanan Daerah Banting tampil memberi sokongan dan dorongan supaya beliau mencuba semua bidang tersebut dengan enam kolam sebagai permulaan.

Persekitaran sesuai

Tapak kolam di Kampung Limau Manis, Banting, Selangor itu secara kebetulannya menawarkan persekitaran sesuai kerana berhampiran punca air. Dia menternak pelbagai spesies ikan seperti keli, puyu dan haruan.

”Saya hanya suka-suka sahaja kerana dari kecil memang suka bermain dengan ikan.Kawasan ini pun dipunyai oleh adik-beradik yang menyerahkan kepada saya untuk mengusahakannya secara serius ,” katanya.

Berbekalkan modal RM3,000 untuk membina enam buah kolam, dia berjaya menternak keli sehingga 2,000 ekor dan puyuh sebanyak 3,000 ekor yang boleh dijadikan induk serta induk tilapia.

Bagaimanapun masalah timbul selepas dia bekerjasama dengan seorang pengusaha lain yang tidak begitu membantunya secara bersungguh-sungguh.

Pada masa sama, isu penggunaan sisa ternakan khinzir sebagai makanan ternakan keli yang didedahkan media massa tidak lama dulu bagaikan mala petaka kepadanya kerana pasaran keli terjejas.

Masalah-masalah tersebut menjejaskan usahanya untuk terbabit secara serius tetapi semangat tidak pernah luntur kerana baginya, sekali berusaha perlu terus berusaha.

Barangkali rahmat menyebelahinya apabila mendapat tunjuk daripada Johari Daud yang mendapat jolokan sifu keli.

Masalah ikan mati yang dihadapinya sebelum ini mendapat tunjuk ajar daripada Johari yang mengesyorkannya supaya mendapatkan benih Jabatan Perikanan di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Twar (PPAT) Perlok, Pahang.

Kini, beliau telah membangunkan kawasan tersebut dengan kolam kepada 20 buah termasuk 14 buah kolam induk, serta kolam benih dan kolam Moina, sejenis zooplankton untuk makanan anak ikan tetapi jalur perjuangannya untuk terus kekal dalam bidang penternakan keli diperluaskan kepada projek pembenihan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan, beliau memfokuskan kepada usaha pembenihan, satu cabang dalam ternakan ikan yang mempunyai potensi luas untuk dikembangkan. Pertemuannya dengan Mohd. Razif Hamzah juga meyakinkannya untuk memfokuskan kepada usaha tersebut kerana rakan barunya itu mempunyai pengalaman yang sama dengannya.

Bagi membuktikan kesungguhannya Mansur telah membina tempat khas untuk menjalankan aktiviti pembenihan menggunakan teknik aruhan.

Kini , dia mampu menghasilkan 200,000 anak benih sebulan dan menyasarkan pengeluaran kepada 1.5 juta hingga 2 juta sebulan dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut Mohd. Razif, beberapa pihak sudah menyatakan minat untuk membuat tempahan dan kini mencecah dua juta.

”Kami juga mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk memfokuskan kepada aktiviti pembenihan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menumpukan kepada permintaan yang datang daripada pengusaha atau penternak tulen dan bukan orang tengah bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kemudian hari.

Beliau menawarkan harga lima sen bagi anak benih bersaiz dua inci, dan tujuh sen bagi saiz yang sama jika tempahan itu memerlukan pihaknya menghantar kepada pemohon. Ini bagi permohonan berjumlah lebih 1000,000 ekor.

Bagi tempahan kurang 100,000 ekor harga yang ditawarkan ialah lapan sen untuk anak benih bersaiz tiga inci.

Mereka yang berminat membuat tempahan boleh menghubungi Mohd Afnan di talian 012-5701082.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm

 Fokus kepada pembenihan keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/fokus-kepada-pembenihan-keli.htm/feed 2
Petikan Akhbar http://bisneskeli.esq2u.com/petikan-akhbar.htm http://bisneskeli.esq2u.com/petikan-akhbar.htm#comments Sun, 11 Oct 2009 15:05:38 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=182

Petikan Utusan Malaysia 27 Oktober 2008

“Ikan keli matang dalam masa tiga bulan dan ia boleh dijadikan pelbagai produk seperti ikan sardin dan minyak Omega 3 yang terdapat dalam badan ikan keli boleh dijadikan ubat untuk melawan penyakit. Kejayaan menternak ikan keli secara komersial juga telah dibuktikan secara komersial oleh usahawan bumiputera tempatan.”

Mohd. Naroden Majais
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera)

Petikan Utusan Malaysia 16 September 2008

120 penduduk kampung terpilih menjadi perintis untuk mengusahakan penternakan ikan keli melalui program Bumi Hijau di negeri Melaka. Penduduk kampung dan taman perumahan daripada pelbagai peringkat umur termasuk kakitangan kerajaan dan swasta menyertainya. Berpendapatan rendah juga dapat menambah pendapatan.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Melaka, Zawawi Ali

Petikan Utusan Malaysia 3 September 2008

Jabatan Perikanan Pahang menyediakan 30 tangki dan 400 benih ikan keli secara percuma kepada orang ramai yang berminat menceburi bidang ternakan ikan air tawar.

 Petikan Akhbar]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/petikan-akhbar.htm/feed 0