Dengan ini kami di pihak pengurusan Agro Wealth Trading ingin memaklumkan kepada semua bahawa mulai Januari 2011, kuantiti minimum tempahan bagi kesemua jenis benih ikan air tawar yang kami keluarkan hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:-
Min Tempahan : 10,000 ekor ke atas
Mak Tempahan : Tiada had (bergantung kepada stok)

Langkah ini diambil bagi memastikan tempahan dapat dipenuhi secara lebih sistematik & bagi memudahkan pihak kami menyusun semula jadual tenaga kerja yang sedia ada.
Perubahan kadar kuantiti minimum tempahan ini juga dibuat memandangkan kini kami dalam proses menyusun semula organisasi serta pengurusan syarikat dan bagi mengurangkan kadar kos pengoperasian dan tenaga kerja yang kini semakin meningkat. Sebarang kesulitan adalah amat kami kesali..
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi atau sms pertanyaan ke 012-5701082 (Mohd Afnan)..
** Tempahan awal perlu dibuat terlebih dahulu sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh yang dinyatakan beserta 50% bayaran pendahuluan
** 50% bayaran pendahuluan tidak akan dipulangkan semula sekiranya tiada pungutan benih dibuat pada tarikh yang dinyatakan
** Lokasi pembelian/pungutan benih ikan adalah mengikut persetujuan yang dicapai
** Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012- 5701082 (Mohd Afnan)

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia di atas kejayaan cemerlang mereka membawa pulang Piala Aff Suzuki setelah 14 tahun menanti..Kejayaan tersebut telah menjadi penutup yang indah buat 2010 ini.
Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.
Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.
Sehubungan dengan kejayaan skuad Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF.
Sumber : http://lotkedai.com/esok-cuti-umum-1-malaysia/

Dengan ini kami pihak Agro Wealth Trading ingin memaklumkan bahawa mulai October 2010, proses penjualan bagi kesemua benih ikan air tawar yang melibatkan kuantiti 15,000 (15K) ekor ke bawah hanya akan dilakukan pada setiap hari Rabu minggu ke-3 setiap bulan. Langkah ini diambil bagi memastikan tempahan dapat dipenuhi secara lebih sistematik & bagi memudahkan pihak kami menyusun semula jadual tenaga kerja yang sedia ada.
Berikut adalah tarikh2 penjualan/pungutan benih ikan air tawar untuk sepanjang tahun 2010..
** Masa pembelian/pungutan benih adalah sekitar jam 4 – 5 pm
** Tempahan awal perlu dibuat terlebih dahulu sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh yang dinyatakan beserta 50% bayaran pendahuluan
** 50% bayaran pendahuluan tidak akan dipulangkan semula sekiranya tiada pungutan benih dibuat pada tarikh yang dinyatakan
** Lokasi pembelian/pungutan benih ikan adalah di cawangan kolam kami di Mantin
** Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012- 5701082 (Mohd Afnan)
Video kenang-kenangan Agro Wealth Trading yang dulunya bermula dengan hanya bermodalkan dana sendiri secara kecil-kecilan, kini berjaya melebarkan sayap perniagaan sebagai antara Pembekal Utama pelbagai spesis Benih Ikan Air Tawar di sekitar Semenanjung M’sia..
Berdasarkan kepada kajian dan pemerhatian yang dibuat beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan pelanggan terhadap ikan air tawar terutamanya ikan keli di bulan Ramadhan kebiasaannya meningkat 2 hingga 3 kali ganda lebih banyak berbanding dengan bulan-bulan biasa. Ini memandangkan terdapat permintaan yang tinggi dan sambutan yang baik dari orang ramai terutamanya dari kalangan pembeli di bazar-bazar ramadhan..

Harga yang berpatutan berbanding lauk pauk yang lain serta rasanya yang enak menjadi antara punca meningkatnya permintaan dan kuasa beli pelanggan dari tahun ke tahun.
Terdapat pelbagai resepi masakan ikan air tawar yang menjadi pilihan citarasa pelanggan boleh ditemui di kebanyakan bazar ramadan antaranya ikan bakar, pecel lele, asam pedas, ikan sambal pedas, kari kepala ikan dan lain-lain..
Bagi yang memiliki mereka yang memiliki “Mata Usahawan“, ini masa yang terbaik untuk menukarkan permintaan kepada peluang menjana pendapatan di bulan ramadhan yang mulia ini.. Buat perancangan awal & mulakan langkah dengan penuh cekal & keyakinan, InsyaAllah kejayaan pasti akan mengiringi..
Renung-renungkan & Selamat Beramal
Assalamualaikum,
Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua pengunjung setia blog Bisnes Keli. Semoga Ramadhan pada kali ini lebih mendekatkan lagi kita kepada Pencipta Yang Maha Kuasa & semoga segala amalan & perbuatan kita diterima oleh-Nya..Ameen..

Baru2 ini saya menerima panggilan dari 3 pemborong ikan menyatakan hasrat untuk mendapatkan bekalan ikan keli lebih kurang 4 tan sehari (120 tan sebulan) secara berterusan untuk dihantar ke pasar2 borong, kilang frozen & restoran2 sekitar bandar..
Satu peluang besar yang jarang diperolehi namun berat bagi saya untuk menerimanya memandangkan stok bekalan ikan keli saya yang agak terhad..Dengan rela hati terpaksalah saya menolak 2 daripada 3 tawaran pemborong untuk membekalkan ikan kepada mereka ..Mungkin ramai penternak2 diluar sana yang menghadapi situasi yang serupa dengan apa yang saya hadapi..puncanya adalah tiada kerjasama perniagaan antara penternak2 terutamanya yang baru menceburi bidang ini menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan..

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak seramai mungkin penternak-penternak di luar sana untuk berkongsi maklumat perniagaan dengan saya dengan menghantar maklumat perniagaan mereka dibahagian komen di bawah ini..Boleh juga sms terus kepada saya di 0125701082 (Afnan)..
Semua penternak ikan air tawar/air masin adalah dialu-alukan untuk berkongsi maklumat mereka di blog ini.
Semoga post ini dapat membantu penternak2 lain diluar sana untuk mengukuhkan jaringan perniagaan dan memasarkan produk di samping membantu mengembangkan lagi perniagaan masing-masing..
“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”
Pasaran Ikan Air Tawar Di Malaysia:-
“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”
Ikan Puyu merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.

Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain. Kini ikan puyu mulai diternak secara komersial oleh individu persendirian atau organisasi memandangkan terdapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pemborong dan pengusaha industri makanan seperti kedai makan, restoran, hotel dan pasar borong. Harga bagi ikan ini di pasaran boleh mencecah sehingga RM10 ke RM12 sekilo..
Mulai Feb 2010, kami akan melebarkan bidang perusahaan penternakan kami kepada pembekalan benih-benih ikan air tawar yang lain seperti baung, patin, tilapia merah dan puyu. Bagi yang berminat, bolehlah segera membuat tempahan dengan kami. Berkenaan dengan bekalan, InsyaAllah tiada masalah..
Senarai Benih Ikan Air Tawar:-
Benih Puyu
1.5 inci = RM 0.13
2.0 inci = RM 0.15
Benih Baung
2.0 inci = RM 0.35
Benih Patin
2.0 inci = RM 0.32
Benih Tilapia Merah
1.5 inci = RM 0.15
3.0 inci = RM 0.20
Benih Keli
1.0 inci = RM 0.03
1.5 inci = RM 0.06
2.0 inci = RM 0.07
3.0 inci = RM 0.11