Warning: explode() expects parameter 2 to be string, array given in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php on line 425

Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cookie - headers already sent by (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/wordpress-automatic-upgrade/wordpress-automatic-upgrade.php on line 121

Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cache limiter - headers already sent (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/wordpress-automatic-upgrade/wordpress-automatic-upgrade.php on line 121

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-content/plugins/cloogooq/cloogooq.php:425) in /home/esqucom/public_html/bisneskeli/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Bisnes Keli » Benih Ikan Keli http://bisneskeli.esq2u.com Membekal Benih Keli & Benih Ikan Air Tawar Murah2 Wed, 23 Feb 2011 00:12:42 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v= Pembekal Benih Keli – Zon Pantai Timur http://bisneskeli.esq2u.com/pasaran-benih-keli-zon-pantai-timur.htm http://bisneskeli.esq2u.com/pasaran-benih-keli-zon-pantai-timur.htm#comments Tue, 25 Jan 2011 01:42:01 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=798

 Pembekal Benih Keli   Zon Pantai Timur

Berita baik buat penternak-penternak ikan di sekitar zon Pantai Timur (Kelantan & Terengganu) semenanjung Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan benih ikan keli bagi tujuan penternakan, kini anda boleh menempah atau mendapatkannya di sekitar Setiu, Terengganu..

Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada pasaran semasa benih ikan di Pantai Timur..Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat di bawah:-

Syarikat : Easternseas Sdn.bhd
Lokasi : Kg Rhu 10, Setiu, Terengganu
Pemilik : Sharifah Nor Akmar
No.Telefon : 012-2104930

icon smile Pembekal Benih Keli   Zon Pantai Timur

Harap Maklum

 Pembekal Benih Keli   Zon Pantai Timur]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/pasaran-benih-keli-zon-pantai-timur.htm/feed 0
Potensi Pasaran Ikan Air Tawar – Siri 2 http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar-siri-2.htm http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar-siri-2.htm#comments Thu, 04 Mar 2010 06:35:32 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=613

“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”

carrefour logo Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 2  Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 2

Pasaran Ikan Air Tawar Di Malaysia:-

  1. Jualan Runcit
  2. Pasar Borong
  3. Restoran Eksklusif
  4. Hotel
  5. Kedai Makan
  6. Kantin Sekolah/Universiti/Organisasi Kerajaan/Kilang
  7. Jualan Borong FAMA
  8. Majlis Kahwin/Kenduri
  9. Katering
  10. Kilang Makanan – Ikan Frozen/Sardin
  11. IKS (Industri Kecil & Sederhana) – Serunding/Keropok/Perkasam
  12. Pasaraya Besar (Giant/Carrefour/Jaya Jusco dll)

icon smile Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 2

“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”

 Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 2]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar-siri-2.htm/feed 2
Potensi Pasaran Ikan Air Tawar – Siri 1 http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar.htm http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar.htm#comments Tue, 02 Mar 2010 06:11:51 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=607

“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”

Potensi serta permintaan bagi pasaran ikan air tawar dari hari ke hari kini semakin bertambah dan meningkat dengan ketara berikutan bercambahnya industri berasaskan makanan di seluruh negara. Kini adalah menjadi satu kejanggalan bagi restoran atau kedai-kedai makan sekiranya mereka tidak menawarkan juadah hidangan yang berasaskan ikan air tawar..

Talapia sambal mangga 2 Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 1

Dakwaan sesetengah pihak mengatakan bahawa pasaran ikan air tawar seperti ikan keli, patin, tilapia merah, puyu, baung, haruan dan lain-lain lagi kini sudah tepu atau lambakan sebenarnya hanyalah sekadar mitos atau cakap kosong semata-semata. Hakikat sebenarnya, pasaran bagi kesemua ikan ini masih lagi tidak mencukupi & sangat-sangat berpotensi untuk dikembangkan lebih jauh.

“Pertanian/Penternakan Adalah Perniagaan”

icon smile Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 1

Sumber foto : http://catzscafe.blogspot.com/

 Potensi Pasaran Ikan Air Tawar   Siri 1]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/potensi-pasaran-ikan-air-tawar.htm/feed 1
Pembenihan Manual Ikan Keli http://bisneskeli.esq2u.com/pembenihan-manual-ikan-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/pembenihan-manual-ikan-keli.htm#comments Sat, 30 Jan 2010 10:56:39 +0000 afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=521

0 Pembenihan Manual Ikan Keli
Fast Tube by Casper

 Pembenihan Manual Ikan Keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/pembenihan-manual-ikan-keli.htm/feed 0
Fokus kepada pembenihan keli http://bisneskeli.esq2u.com/fokus-kepada-pembenihan-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/fokus-kepada-pembenihan-keli.htm#comments Thu, 29 Oct 2009 17:58:21 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=269

KETIKA ini, industri akuakultur bagaikan di serang demam keli kerana semakin ramai ingin menceburkan diri. Ramai pengusaha mula berjinak-jinak melibatkan diri sama ada berstatus kecil atau sederhana khususnya mereka yang berada di luar bandar.

Meskipun ada ura-ura dan keluh kesah di sana sini bahawa aktiviti penternakan keli sudah tepu dan ramai yang berpendapat tidak menguntungkan, tetapi semakin ramai yang bertanya di manakah benih keli dapat diperoleh.

Pengusaha ini mungkin penternak induk iaitu untuk tumbesaran, membekalkan benih sahaja, makanan rumusan untuk ternakan atau juga produk hiliran seperti keli salai dan sebagainya.

benihkeli Fokus kepada pembenihan keli

Inilah kesan daripada usaha kerajaan memberi nafas baru kepada bidang pertanian, yang mendapat sambutan rakyat.

Tidak dinafikan, sebilangan besar pengusaha ini sudah berjaya dan sebahagiannya pula gagal dan kecewa lalu menyalahkan bidang pertanian yang dikatakan tidak mempunyai masa depan, sedangkan petua paling penting untuk berjaya ialah sabar setelah ‘tersungkur’ beberapa kali.

Percaya atau tidak, belum ada pengusaha pertanian tulen yang boleh dikatakan berjaya tanpa melalui onak dan duri, mencabar kematangan, bergolok bergadai sedangkan hasilnya lambat untuk dituai.

Mungkin ini yang cuba dibuktikan oleh seorang penyelia di syarikat swasta yang menetap di pinggir bandar Putrajaya.

Mansur Arifin, 46, yang meminati bidang penternakan ikan keli mula menanam azam untuk kembali bersaing setelah pernah gagal dan mengharungi pelbagai masalah antaranya persekitaran, penyakit dan juga kurang berkemahiran dalam bidang penternakan itu.

Mansur boleh dikatakan mencuba bidang ini sejak beberapa tahun lepas, selepas berkenalan dengan seorang pengusaha yang ingin membantunya.

Bagaimanapun hasrat murninya terbantut kerana menghadapi masalah .

Jabatan Perikanan Daerah Banting tampil memberi sokongan dan dorongan supaya beliau mencuba semua bidang tersebut dengan enam kolam sebagai permulaan.

Persekitaran sesuai

Tapak kolam di Kampung Limau Manis, Banting, Selangor itu secara kebetulannya menawarkan persekitaran sesuai kerana berhampiran punca air. Dia menternak pelbagai spesies ikan seperti keli, puyu dan haruan.

”Saya hanya suka-suka sahaja kerana dari kecil memang suka bermain dengan ikan.Kawasan ini pun dipunyai oleh adik-beradik yang menyerahkan kepada saya untuk mengusahakannya secara serius ,” katanya.

Berbekalkan modal RM3,000 untuk membina enam buah kolam, dia berjaya menternak keli sehingga 2,000 ekor dan puyuh sebanyak 3,000 ekor yang boleh dijadikan induk serta induk tilapia.

Bagaimanapun masalah timbul selepas dia bekerjasama dengan seorang pengusaha lain yang tidak begitu membantunya secara bersungguh-sungguh.

Pada masa sama, isu penggunaan sisa ternakan khinzir sebagai makanan ternakan keli yang didedahkan media massa tidak lama dulu bagaikan mala petaka kepadanya kerana pasaran keli terjejas.

Masalah-masalah tersebut menjejaskan usahanya untuk terbabit secara serius tetapi semangat tidak pernah luntur kerana baginya, sekali berusaha perlu terus berusaha.

Barangkali rahmat menyebelahinya apabila mendapat tunjuk daripada Johari Daud yang mendapat jolokan sifu keli.

Masalah ikan mati yang dihadapinya sebelum ini mendapat tunjuk ajar daripada Johari yang mengesyorkannya supaya mendapatkan benih Jabatan Perikanan di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Twar (PPAT) Perlok, Pahang.

Kini, beliau telah membangunkan kawasan tersebut dengan kolam kepada 20 buah termasuk 14 buah kolam induk, serta kolam benih dan kolam Moina, sejenis zooplankton untuk makanan anak ikan tetapi jalur perjuangannya untuk terus kekal dalam bidang penternakan keli diperluaskan kepada projek pembenihan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan, beliau memfokuskan kepada usaha pembenihan, satu cabang dalam ternakan ikan yang mempunyai potensi luas untuk dikembangkan. Pertemuannya dengan Mohd. Razif Hamzah juga meyakinkannya untuk memfokuskan kepada usaha tersebut kerana rakan barunya itu mempunyai pengalaman yang sama dengannya.

Bagi membuktikan kesungguhannya Mansur telah membina tempat khas untuk menjalankan aktiviti pembenihan menggunakan teknik aruhan.

Kini , dia mampu menghasilkan 200,000 anak benih sebulan dan menyasarkan pengeluaran kepada 1.5 juta hingga 2 juta sebulan dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut Mohd. Razif, beberapa pihak sudah menyatakan minat untuk membuat tempahan dan kini mencecah dua juta.

”Kami juga mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk memfokuskan kepada aktiviti pembenihan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menumpukan kepada permintaan yang datang daripada pengusaha atau penternak tulen dan bukan orang tengah bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kemudian hari.

Beliau menawarkan harga lima sen bagi anak benih bersaiz dua inci, dan tujuh sen bagi saiz yang sama jika tempahan itu memerlukan pihaknya menghantar kepada pemohon. Ini bagi permohonan berjumlah lebih 1000,000 ekor.

Bagi tempahan kurang 100,000 ekor harga yang ditawarkan ialah lapan sen untuk anak benih bersaiz tiga inci.

Mereka yang berminat membuat tempahan boleh menghubungi Mohd Afnan di talian 012-5701082.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm

 Fokus kepada pembenihan keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/fokus-kepada-pembenihan-keli.htm/feed 2
Benih Keli http://bisneskeli.esq2u.com/benih-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/benih-keli.htm#comments Thu, 08 Oct 2009 16:48:42 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=106 Agro Wealth Trading, syarikat agro pertanian milik 100% bumiputera  merupakan pembekal benih keli kepada pengusaha/penternak tempatan terutama di sekitar kawasan lembah kelang, Negeri Sembilan & Melaka..Juga menerima tempahan dari lain-lain negeri di sekitar semenanjung Malaysia (bergantung kepada jumlah tempahan).. Berikut adalah maklumat terperinci bagi harga anak benih ikan yang dibekalkan berdasarkan gred saiz yang berbeza:- [...]]]>

Agro Wealth Trading, syarikat agro pertanian milik 100% bumiputera  merupakan pembekal benih keli kepada pengusaha/penternak tempatan terutama di sekitar kawasan lembah kelang, Negeri Sembilan & Melaka..Juga menerima tempahan dari lain-lain negeri di sekitar semenanjung Malaysia (bergantung kepada jumlah tempahan)..

Berikut adalah maklumat terperinci bagi harga anak benih ikan yang dibekalkan berdasarkan gred saiz yang berbeza:-

1.0 inci = RM 0.03
1.5 inci = RM 0.06
2.0 inci = RM 0.07
3.0 inci = RM 0.11

benihikankeli1 Benih Keli

**Untuk tempahan & maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Afnan di talian 0125701082..

 Benih Keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/benih-keli.htm/feed 4
Dari kelab golf ke kolam keli http://bisneskeli.esq2u.com/kelab-golf-ke-kolam-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/kelab-golf-ke-kolam-keli.htm#comments Tue, 08 Sep 2009 16:50:27 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=120

SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu.

Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini.benih keli Dari kelab golf ke kolam keli

”Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar” jelas beliau.

Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC).

Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor.

Memandangkan tidak ramai penternak yang arif membuat pembenihan sendiri, mereka terpaksa membelinya daripada pembekal dan pusat-pusat pembenihan.

Bagaimanapun pembekal benih keli di Lembah Klang ketika ini cukup terhad dan menjadi punca kebanyakan projek ternakan keli tertangguh. Selain kekurangan bekalan induk keli untuk dibenihkan secara aruhan, faktor asuhan benih yang agak merumitkan menjadi punca kurangnya penglibatan yang serius dalam bidang pembenihan keli ini.

Atas kesedaran inilah dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Nur Azizi mengambil keputusan nekad dan berpakat dengan seorang rakan sekerja Mohamad Suria Sufian, 29, meninggalkan kelab golf dan menyewa sekeping tanah di kawasan hutan rekreasi Rawang, Selangor.

Dengan menubuhkan syarikat Prestasi Agro Farm (PAF) kedua-dia usahawan muda ini mengorak langkah awal dengan memulakan projek ternakan keli dalam kanvas dan tangki poli dengan modal bersama.

Keli yang diternak dalam 15 tangki poli dan 10 kolam kanvas tersebut adalah hasil pembenihan keli yang mereka lakukan sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang mereka tempuhi dalam proses pembenihan keli ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat penternak muda ini.

Akhirnya dengan bimbingan dari pakar pembenihan di Jabatan Perikanan dan beberapa usahawan benih keli berjaya, mereka berhasil menyelami teknik sebenar proses pembenihan keli tersebut.

Sejak itu, setiap bulan paling kurang tiga kali pembenihan akan dilakukan melibatkan lebih 50 pasang induk.

Menurut beliau lagi, sesiapa sahaja yang ingin membuat pembenihan secara komersial harus mempunyai bekalan ikan induk yang mencukupi dan berterusan.

Di samping menternak induk sendiri, bekalan ikan induk juga diperolehi daripada pemancing atau penternak yang menggunakan kolam tanah.

Pemilihan induk yang kurang tepat akan mengurangkan kualiti dan kuantiti benih.

Sebelum proses pembenihan dibuat, induk yang dipilih dirawat terlebih dulu selama seminggu bagi menjamin kualiti telur yang bakal dihasilkan. Umur induk biasanya sekitar tujuh bulan hingga dua tahun.

Induk yang terlalu tua akan mengurangkan kuantiti dan kualiti benih.

Saiz yang sesuai adalah sekitar 26 sentimeter (300 gram) hingga 75 sentimeter (satu kilogram). Saiz induk betina biasanya lebih kecil daripada saiz induk jantan.

Seekor induk betina bersaiz 30 sentimeter mampu mengeluarkan telur antara 10,000 biji dan mencapai 200,000 biji telur apabila mencapai saiz 90 sentimeter.

Menurut Nur Azizi, masa yang paling sesuai untuk menjalankan pembiakan dipengaruhi kehadiran musim hujan iaitu antara bulan April hingga Disember dengan puncaknya berada antara bulan Julai dan September.

”Bekalan induk jantan paling kritikal kerana dalam proses pembenihan aruhan, induk jantan terpaksa dikorbankan bagi mengeluarkan kantung benihnya,” jelas beliau lagi.

Setelah lebih dua tahun beroperasi, PAF kini mampu memasarkan lebih 500,000 ekor anak benih keli setiap bulan.

Memandangkan permintaan yang semakin bertambah, Azizi serta rakan menambah empat lagi kolam tanah bagi mempercepatkan proses pembesaran anak benih.

Menurutnya, anak benih yang berusia empat hari, lebih cepat membesar sekiranya diasuh dalam kolam tanah.

”Tiga minggu dalam kolam tanah sudah sedia untuk dijual terus kepada penternak,” ujarnya.

Tegas beliau, biasanya penternak akan membeli anak benih yang berukuran tiga inci kerana risiko kematian adalah rendah.

Permintaan terhadap benih ikan keli memuncak ketika menjelang bulan puasa dan cuti sekolah kerana para penternak akan membuat persediaan awal bagi memenuhi permintaan ikan keli segar yang kebiasaanya mendapat pesanan berlipat kali ganda bagi hidangan berbuka dan majlis kenduri kahwin.

”Penternak biasanya akan memesan sebulan lebih awal sebelum ikan di kolam mereka dituai. Setakat ini permintaan paling banyak kami terima dari Lembah Klang, Selangor, Kawasan Utara dan Johor” ujarnya.

Setiap kali pembenihan dijalankan, PAF juga membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta mempelajari teknik pembenihan secara intensif.

Bengkel satu hari ini mendedahkan peserta tentang kaedah pemilihan induk, teknik pembenihan, asuhan benih dan penyediaan makanan alternatif.

Bagi mengurangkan kos makanan ternakan keli yang semakin meningkat, PAF mengamalkan penternakan teknik Pro Asli bagi meminimumkan kebergantungan kepada pelet.

Ini membuktikan bermula daripada bual-bual kosong di padang golf, mampu membawa keuntungan ribuan ringgit.

Bagi penternak yang ingin mempelajari teknik pembenihan ikan keli atau mendapatkan bekalan anak benih atau peralatan pembenihan, bolehlah menghubungi kami di 012-5701082 atau 019-3345989.

 Dari kelab golf ke kolam keli]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/kelab-golf-ke-kolam-keli.htm/feed 7
Penyediaan Kolam Pembenihan-1 http://bisneskeli.esq2u.com/tapak-pembenihan-keli-1.htm http://bisneskeli.esq2u.com/tapak-pembenihan-keli-1.htm#comments Sat, 01 Aug 2009 18:27:49 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=63

gambar projek keli 010 300x225 150x150 Penyediaan Kolam Pembenihan 1 gambar projek keli 011 300x225 150x150 Penyediaan Kolam Pembenihan 1gambar projek keli 012 300x225 150x150 Penyediaan Kolam Pembenihan 1gambar projek keli 016 300x225 150x150 Penyediaan Kolam Pembenihan 1

 Penyediaan Kolam Pembenihan 1]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/tapak-pembenihan-keli-1.htm/feed 0
Penyediaan Kolam Pembenihan http://bisneskeli.esq2u.com/tapak-pembenihan-keli.htm http://bisneskeli.esq2u.com/tapak-pembenihan-keli.htm#comments Wed, 08 Jul 2009 08:56:49 +0000 Mr Afco http://bisneskeli.esq2u.com/?p=48

gambar projek keli 004 300x225 150x150 Penyediaan Kolam Pembenihan gambar projek keli 001 300x225 150x150 Penyediaan Kolam Pembenihan gambar projek keli 002 300x225 150x150 Penyediaan Kolam Pembenihan gambar projek keli 003 300x225 150x150 Penyediaan Kolam Pembenihan

 Penyediaan Kolam Pembenihan]]>
http://bisneskeli.esq2u.com/tapak-pembenihan-keli.htm/feed 0